Monday, June 30, 2008

Anwar diberi amaran tentang Saiful

Jimadie Shah Othman Jun 30, 08 12:55pm
kemaskini 8:45pm(dipetik dari malaysiakini)
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.
Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya.
"Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan kira-kira dua minggu lepas.Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.
Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar di internet - ketiga-tiganya hari ini menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar. Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi."Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster."Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful."Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas". "Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan dan pejabat Anwar (tanpa nama jawatan).
"Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.Sementara itu, sumber di kampus lamanya memberitahu, beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi dengan dekat kerajaan dalam majlis tersebut. Mohd Saiful juga pernah mengajak beberapa rakannya menyertai Umno."Dia pernah mengajak saya menyertai Puteri Umno. Saya terkejut juga pada mulanya," kata sumber, yang mengenalinya.Di kampus itu, ahli-ahli MPP lazimnya tidak memihak kepada mana-mana pihak kumpulan politik, tambah sumber.Kata sumber lagi, sikap Mohd Saiful yang pro-Aspirasi lebih ketara selepas pulang menghadiri seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Filipina penghujung Januari tahun lalu.Seminar di luar negara itu disertai oleh pemimpin mahasiswa institusi pengajian tinggi dan swasta terpilih dari seluruh negara.

Friday, June 27, 2008


Buku RANCANG HIDUP RANCANG WANG terbit

Alhamdulillah, akhirnya buku pertama saya RANCANG HIDUP RANCANG WANG lahir pada hari Ahad 30 mac 2008. Keindahan lahirnya buku ini bagaikan indahnya rasa semasa kelahiran anak pertama 19 tahun yang lalu. Terima kasih kepada sahabat Zukri@iMedia production dan juga sahabat yang sanggup mendahulukan kos penerbitan.Buku ini saya terbitkan sendiri kerana konsep buku ini tidak bersesuaian dengan konsep penerbitan beberapa penerbit buku.Konsep buku saya ialah "SATU BUKU CERITA SEMUA". Buku ini bertujuan untuk memberikan pasangan muda satu asas@foundation kehidupan dimana dengan membaca buku ini insyallah, pasangan muda akan mendapat perspektif rancang kehidupan secara keseluruhan didalam memulakan atau menjalani hidup. Ianya juga sesuai sehingga umur pertengahan 40an.Terdapat 112 idea saya ketengahkan didalam aspek kehidupan:--Kehidupan-Kerjaya-Rancang Wang-Pelaburan dan Perlindungan-Membeli Rumah-Mendidik Anak-Konsep Rezeki.http://www.rancanghidup.blogspot. com Harga Buku RM18 (termasuk belanja Pos).sila bank in ke Akaun Maybank 562106051253 Haron Mohd Yusofdan sms@email nama dan alamat kpd saya di 013-3696712.Diizinkan Allah, saya merancang utk membuat seminar separuh hari RANCANG HIDUP RANCANG WANG pada masa akan datang.Semoga Allah Redha dan Memberi Keberkatan terhadap hidup kita.hamdyKandungan Terperinci:Kehidupan IniTujuan HidupPeringkat Peringkat HidupHidup Ini Rupanya SingkatHidup Ini Singkat, Binalah SejarahKesusahan Adalah Proses KematanganPemikiran Positif Penggerak KejayaanBuku Mempercepatkan PengetahuanKerjayaHidup Perlu Ada Cita CitaKerja Pertama Paling Susah DapatSekarang 500 Kemudiann 5000Sentiasa Kemaskini CV AndaBekerja Untuk Ilmu Bukan Untuk WangLihat Kedudukan Kerjaya Setiap 3 TahunJangan Bercerita Masalah Di PejabatKenali & Dampingi Pihak PengurusanNak Mencuba, Biar Sebelum 35Kemahiran Hidup Pembuka RezekiMerancang KewanganRancanglah Kewangan AndaKewangan Kita BerteraburMerancang Kewangan AndaRancanglah Kewangan AndaSimpan Dulu Baru BelanjaNasihat Nasihat Azizi AliSalahkah Menjadi KayaBila Suami Dapat Durian RuntuhReserve ReserveZakatlah Sebelum Anda DizakatkanBeberapa Ide Mengenai WangMakan Dulu Sebelum ShoppingPasangan Anda High MaintenanceLagi Besar Exos Lagi Besar EgoPerlindungan TakafulTakaful Satu KeperluanPerlindungan Perlindungan PerlindunganTakaful Pendidikan vs Takaful ’life’Memahami Sedikit Takaful ’life’Takaful PerubatanFokuskan Takaful Untuk PerlindunganTengok Kembali Polisi InsuranPelaburan‘Take Charge’ Pelaburan Amanah Saham AndaPelaburan KWSP: Jangan Tandatangan Banyak Borang‘Switch’: Antara Amanah Saham Dan BondAdakah ASB, Pelaburan Yang BaikPelaburan Emas Sebagai AlternatifPembiayaian Rumah: Beberapa SoalanBerapa Lama Wang Pelaburan BergandaMeminjamkan Wang Duit HilangMembeli RumahBeli Rumah Masa MudaLoan Rumah Jangan 25 TahunRumah Biar Dua NamaMRTA Diatas Nama SuamiPelaburan Hartanah: Rumah Atau ApartmentKeuntungan Dibuat Semasa MembeliMembeli Rumah Untuk PelaburanFaktor Pemilihan LokasiMembeli Rumah Juga Satu PerlindunganJual Hartanah Sebelum TerpaksaAda Harta Susah Tiada Pun SusahJangan Terlebih Lebih Ubahsuai RumahBila Kitchen Cabinet RM15000Belilah Kereta Berumur 1-2 TahunMendidik Anak.Anak Cerdik Bermula DiranjangDoakan Anak Bila TeringatMenyusu Paling Kurang Satu TahunTadika Islam Atau Tadika BiasaPakej Buku Mahal MembazirBuku ‘Read With Me’ Murah BerkesanFlash Card Murah BerkesanHafalan Quran Bijak Akademi, Ada Kaitan?Menghafaz Quran DiRumah: ContohPengurusan Masa Untuk Anak AnakAku Tersilap Mendidik AnakMengajar Anak B Inggeris-Cara RingkasDarjah Satu Dah DiHantar TusyenBeberapa Soalan Untuk Ibubapa MudaPatutkah Hantar Anak KeAsrama DiTingkatan SatuHasil Didikan Nampak DiUmur 15 TahunAku Bukan Bapa MithaliBuat Apa Tusyen, Bukan Dapat A PunBukan Mudah&Murah Mendidik Anak KamiDidik Anak: Apa Rahsia KamiFahami Konsep RezekiSembahyang Dhua Pembuka RezekiSadaqah Pembuka RezekiIstighfar & Taubat Menambah RezekiBertakwalah, Rezeki DatangJangan Lupa BertawakkalPembuka Rezeki Yang LainDunia Bagaikan Air LautLihat Kembali Jika DiRompak 2 KaliUsaha Disini Yang Dapat Di SanaKehilangan Kerja/Masalah KewanganTanda Tanda Masalah KewanganTindakan Awal Bila Menghadapi Masalah Kewangan10 Kesalahan Pencari KerjaMengurangkan Perbelanjaan TetapMengurangkan Perbelanjaan Tidak Tetap ‘Variable’Khidmat Nasihat Dari Bank Negara.
Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Aqidah
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadah
Saya Mestilah Muslim Di Sudut AkhlaqSaya Mestilah Muslim Di Sudut Keluarga
Saya Mestilah Hidup Untuk Islam
Jadilah Kami Orang Yang Banyak Berzakat Dan Bersedekah
Rancang Hidup Dari Perspektif Dakwah.
Posted by hamdy at 10:33 PM 6 comments Links to this post
Labels: , , ,
Monday, January 14, 2008

Rokok Dan Rancang Wang Utk Pendidikan Anak

saya sedang menyediakan satu script untuk saya sendiri, dalam membuat persediaan 'masuk tv'. (wahh...masuk tv..anak saya dah kata 'abah glamour ngan buku dia'). well, org dah minta kita buat laa, mudah2an ianya jadi amal jariah. Itu pun hasil recommendation dari seorang kawan dari melaka.Rasanya ramai yg tidak akan dapat menonton nya maka saya kongsikan disini. program apa, saya rahsiakan dulu, takuttt tak jadi .....ini satu topik yang akan saya masukkan dan akan saya push penerbit utk masukkan.soalan: Bagaimana kaitan merokok pada hari ini dengan merancang wang untuk pendidikan anak anak.
1. Untuk bapa yang merokok, saya cadangkan agar mula kurangkan merokok dan cuba berhenti. Bapa perlu meletakan tekad utk berhenti merokok. Orang merokok selalunya dari muda umur 20 tahun lepas sekolah hinggalah hari sebelum nak masuk kubur, dia akan terus merokok.
2. Bapa perlu melihat merokok itu adalah membakar duit. Cuma ambil duit RM5 dan bakar duit tu didepan mata. Atau minta anak bakar duit Rm5 tu didepan mata kita. Saya cadangkan cuba pada hari ini dan tengok apa yg kita rasa.
3. Kalau satu hari merokok sebanyak Rm5 sehari, cuba kurangkan kepada RM2. Bayangkan RM3 disimpan, maka itu dah hampir RM 90 sebulan. Banyak tu.
4. Saya tak kata, berhenti rokok walau itu yg sebaiknya. Kerana merokok bukan sahaja membakar paru paru malah membakar wang.
Apa yg saya cadangkan ialah kurangkan rokok dimana setiap hari yang dijimatkan itu ditabungkan. Rm90 sebulan, maka setahun dah Rm1000. Maka anda perlu meletakan tabung buluh di tangga rumah supaya RM3 boleh disimpan setiap hari.Mulai hari ini bila sampai sahaja kerumah setiap petang, depositkan rm3 di tabung itu.
Posted by hamdy at 7:02 PM 0 comments Links to this post
Sunday, March 30, 2008
Miang2Pada Isteri: Peluk Erat Katakan Sayang

Saya tidak pernah mengkaji perangai perempuan secara serius. Malah kebanyakan kita, seorang suami, juga tidak banyak mengenali isteri kita, sebagaimana isteri kita memahami kita dengan baiknya. Tetapi berdasarkan pembacaan dan pemerhatian, saya dapati seorang isteri perlukan ’reaffirmation’ akan kasih sayang dari masa kesemasa. Terutama setelah berlakunya perselisihan kecil antara suami isteri. Dikala itu kemungkinan perasaan isteri tidak begitu tenteram. Mungkin ada rasa tidak ketentuan didalam hati isteri. Mungkin juga ada persoalan samada kita, suami, masih menyayangi dirinya.
Dimasa beginilah apa yang kita buat akan memberi ketenteraman kepada siisteri. Antara yang boleh dilakukan, ialah dimasa yang sesuai, terutama apabila di ranjang, peluk lah erat isteri itu, dan bisikkan kata sayang kepada isteri. Kalaupun ada juraian airmata pada masa itu, biarkan saja. Tidak perlu dirisaukan airmata tersebut. Airmata itu mungkin airmata gembira bercampur sayu setelah mendengar kata sayang dari suami. Untuk suami, hanya perlu peluk erat dimasa itu tanpa kita perlu mengatakan sesuatu. Usap usaplah rambut isteri juga dimasa itu.
Itu sebabnya jika berselisih faham, kita tak boleh keterlaluan mengeluarkan kata kata, terutama kata kata kesat. Itu akan menjadikan anda kekok untuk ’peluk erat dan katakan sayang’. Dalam usaha ’peluk erat katakan sayang’, kita, seorang suami, perlu menelan keegoan seorang lelaki, demi membahagiakan isteri yang merupakan separuh dari hidup kita.
Posted by hamdy at 7:06 PM 0 comments Links to this post

Saturday, June 14, 2008

Rahsia Chik

Rahsia Chik didik 12 anak hingga ke menara gading
Oleh ZUHAYATI YAZID
KUALA TERENGGANU 13 Jun - Membesarkan 12 orang anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan sehingga ke menara gading bukan satu tugas mudah, namun ibu tunggal, Chik Yusof, 67, berjaya melakukannya atas daya usaha dan kemahuan untuk melihat anak-anak mempunyai masa depan yang lebih baik.
Atas kesedaran bahawa hanya pendidikan mampu mengeluarkan anaknya daripada kepompong kemiskinan, wanita itu bersusah-payah menyekolahkan mereka sehingga semuanya berjaya menggenggam ijazah dari universiti dalam dan luar negara.
Kini, anak beliau iaitu enam lelaki dan enam perempuan berusia antara 23 hingga 44 tahun mempunyai kerjaya yang membanggakan antaranya menjadi peguam, jurutera, doktor, guru, akauntan, ahli geologi dan usahawan.
Anak sulungnya, Abdul Nasir Mansor ialah lulusan dari sebuah universiti di Sydney, Australia manakala tiga yang lain merupakan lepasan Universiti Louisiana, Universiti Texas dan Universiti Iowa di Amerika Syarikat.
Seorang lagi lulusan Universiti Leeds, United Kingdom sementara enam yang lain lulusan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.
Anak bongsunya, Ahmad Kamal Mansor, 23, kini melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Mesir.Kejayaan ibu tunggal itu mendidik anak-anaknya melayakkannya untuk dipilih sebagai Ibu Mithali Peringkat Parlimen Kuala Terengganu pada satu majlis sempena sambutan Hari Ibu di sini hari ini.
Dengan pemilihan itu, Chik yang berasal dari Kampung Sungai Rengas dekat sini membawa pulang wang tunai serta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Che Mohamad Jusoh.Turut hadir ialah Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Mohd. Shafaruddin Mustafa.
Pada majlis anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Wanita UMNO Parlimen Kuala Terengganu itu, lapan orang yang lain turut menerima hadiah bagi dua kategori iaitu Ibu Cemerlang dan Ibu Gemilang.
Chik ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil ketegasan dan disiplin dalam memastikan 12 anaknya memberi tumpuan kepada pelajaran.
"Dulu masa anak-anak masih kecil, mak cik asuh anak-anak dengan pendidikan agama dan ajar sendiri mereka membaca al-Quran selain memberi tumpuan terhadap persekolahan mereka," ujarnya yang kematian suami enam tahun lalu.
Chik yang merupakan bekas guru agama berkata, kesemua kerja rumah dilakukan sendiri tanpa bantuan anak-anak bagi memastikan mereka memberi tumpuan penuh kepada pelajaran.
"Saya tidak marah anak-anak tidak tolong saya membuat kerja rumah asalkan mereka memberi tumpuan kepada pelajaran dan rajin mengulang kaji."Biarlah saya penat tidak mengapa bagi memastikan anak-anak tidak merasai keperitan hidup semasa kecil," ujar nenek kepada 32 cucu itu. Chik memberitahu, dia bersama arwah suaminya, Mansor Talib bersikap tegas dalam mendidik anak-anak.
"Sejak kecil lagi saya akan pastikan semua anak-anak berkumpul terlebih dahulu sebelum kami sekeluarga makan bersama. Itulah semangat yang diterapkan pada anak- anak,'' katanya yang dikelilingi oleh anak-anak dan menantunya.
Chik memberitahu, pernah suatu ketika salah seorang anaknya pulang lewat ke rumah selepas sekolah, jadi anak-anak yang lain terpaksa menunggu adiknya itu balik sehingga semuanya tertidur di meja makan.

Sunday, June 8, 2008

minyak


Minyak naik, rakyat bangkit(malaysiakini)
Amin Iskandar Jun 6, 08 1:50pm
Beginilah anggaran kasar perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bujang.
Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).
Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.
Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas.
Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.
Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.
Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.Kenaikan kali ini yang tertinggi dalam sejarah.
Kali terakhir kerajaan Abdullah-Najib menaikkan harga minyak pada 28 Jun 2006 iaitu sebanyak 30 sen bagi petrol dan diesel.Pada 25 Febuari lalu, timbalan perdana menteri menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12. Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.
Sementara itu, pada 5 November lalu, dalam forum yang bertajuk ‘Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya’, Husam Musa yang kini memangku menteri besar Kelantan memberitahu hadirin bahawa harga minyak akan dinaikkan sebanyak 70 sen oleh kerajaan BN selepas pilihanraya umum ke-12.
Hampir tepat ramalan naib presiden PAS tersebut di kala cakap timbalan perdana menteri sudah tidak boleh dipercayai lagi.Hujah yang sering digunakan oleh kabinet Abdullah-Najib, apabila harga minyak dinaikkan, ialah harga minyak di Malaysia antara yang termurah di Asia Tenggara. Brunei tidak dijadikan sebagai kayu ukur kerana didakwa Abdullah sebagai “kes istimewa”.
Memang benar jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.Akan tetapi, di Thailand, rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Saya sendiri pernah memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam.Apa yang memeranjatkan saya, harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4!
Belum lagi kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya. Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di sebelah). Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.
Sebelum ini kabinet Abdullah-Najib seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol. Ke mana nasib rakyat Malaysia selepas ini? Menjelang Ogos ini, semua subsidi terhadap minyak akan ditarik balik oleh kerajaan dan rakyat akan membayarnya mengikut harga pasaran global.
Sedangkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar gaji minimum diperkenalkan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan.Hari ini protes-protes membantah kenaikan harga minyak telah mula muncul. Pagi semalam, ahli parlimen DAP Tan Kok Wai mengepalai 50 orang berhimpun secara aman bagi membantah kenaikan harga minyak yang baru sehari diumumkan oleh kabinet.
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) pula mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat di KLCC pada 12 Julai ini. Menurut Dr Hatta Ramli, perhimpunan anjuran Protes kali ini lebih besar daripada perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih tahun lalu!Mampukah kabinet Abdullah-Najib menahan arus kebangkitan rakyat? Atau keadaan ini akan menjadi titik permulaan untuk menumbangkan BN yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Thursday, June 5, 2008

terbakar

Dua maut dalam kemalangan empat kenderaan
4 jun 2008 bharian

HANGUS: Van penghantar cepat Skynet dengan lori terbakar di Kilometer 24.7 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini malam tadi.
GUA MUSANG: Dua pemandu terbunuh selepas mereka tersepit dalam kenderaan masing-masing akibat terbabit dalam satu kemalangan menyebabkan kenderaan mereka terbakar di Kilometer 24.7 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini malam tadi. Mereka yang terbunuh dalam kejadian jam 8.30 malam itu adalah pemandu van penghantar cepat Skynet, Zainudin Ab Wahab, 28, berasal dari Jeli, dan pemandu lori, Abdul Rahman Mamat, 61, dari Rancangan Tanah Felda Ciku Tiga. Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, DSP Aziz Hassan, berkata kemalangan berlaku apabila sebuah van penghantar cepat Skynet dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur bertembung dengan lori dalam perjalanan dari Gua Musang ke Bandar Ciku manakala sebuah kereta dan sebuah motosikal turut hangus selepas merempuh belakang van yang sedang terbakar. INNALILLAH................................

Sunday, June 1, 2008

Pengakuan...


Pengakuan Ezam Mohd Nor (dipetik dari malaysiakini.com)
Jun 1, 08 11:25am
Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.
Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.
Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.
Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.
Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.
Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.
Dalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.
Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.
Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.
Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.
Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.
Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan perdana menteri.
Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.
Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.
Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.
Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).
Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu".Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.
Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.
Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.
Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.
Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.
Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.
Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.
Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.
Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.
Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar
Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.
Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya.
Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.