Tuesday, December 30, 2008
Happy New Year and AwaI Muharram
No fear about the future...
New hopes & dreams in 2009...
Thankful to God for His blessings in 2008...
Happy New Year !!
Happy New Year 2009!
May the joy of the spirit of new year brings more love hopeand faith in the upcoming year.
Only open HEARTS receive LOVE only open MINDS receive WISDOM
only open HANDS receive GIFTS
and..only SPECIAL FRIENDS receive my greeting .
Friday, November 28, 2008
Seringgit bertemu limapuluh ringgit
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik
STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or
surau, tambah la sikit..
![]() | ||
| |
Aku sangat letih
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.
Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja….
Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU…
Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…
MANA AKU TAK LETIH!!
Jadi sedarlah skit…. dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
![]() | ||
| |
Burung Hilang
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : “Siapa disini yang ada burung?”
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
“bukan itu maksud saya”
Lalu di ajukan soalan yang lain..
“maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?”
Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung “maaf, bukan itu maksud saya”
Sekali lagi dia cuba bertanya
“maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya”
Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
“maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?”
Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,
menyesal tanya.
(dipetik dari gelihati.info)
Oh Abang Mie
Juliana : “Abang Mie… Jom la datang rumah… saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi..”
Helmi : “baiklah malam esok abang pergi tau… nanti pandai la abang tipu isteri abang tu..”
Juliana : “Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face.”
Helmi : “Alamak… yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak”
Juliana : “Alaaa… abang ni nak jumpa saya ke tak nie?”
Helmi : “oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup”
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini
kerana ada mesyuarat penting… dan di pejabatnya.. Helmi telah
mencukur misainya sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya… isterinya sudah tidur… Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur…tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan… dan berkata… “Kenapa kau tak balik lagi Jalil… kejap lagi suami akak balik…!!”
(dipetik dari gelihati.info)
Asal usul elektrik
Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang
(dipetik dari gelihati.info)
Tuesday, November 25, 2008
Hakim
Hakim Tak Setujui Larangan Celana Baggy
Seorang hakim di Palm Circuit, Florida, Amerika Serikat, Paul Moyle, menilai undang-undang yang melarang pemakaian celana baggy yang memperlihatkan pakaian dalam pemakainya inkonstitusional.
Seorang pemuda berusia 17 tahun terpaksa mendekam di penjara setelah ditangkap karena memakai celana model baggy di kawasan tenggara Florida pekan lalu. Pemuda itu disuruh memilih antara membayar denda USD150 atau melakukan layanan masyarakat. Namun, dia harus mendekam di penjara karena memiliki sejarah penggunaan mariyuana.
“Tolonglah saya. Kita tidak membicarakan tentang pamer pantat. Tidak! Kita membicarakan seseorang yang memakai celana dengan pakaian dalamnya terlihat oleh seorang polisi yang lantas menangkapnya. Dasarnya adalah dia ditahan selama semalam,” ujar hakim itu.
Namun, pembelaan pemuda itu meminta hakim memutuskan agar undang-undang itu dianggap inkonstitusional dan hakim pun menyetujuinya. Undang-undang pelarangan celana baggy itu diberlakukan di beberapa kota di Amerika Serikat, di mana pelanggarnya bisa dijatuhi denda hingga USD500 atau dipenjara hingga 6 bulan.
Friday, November 7, 2008
TeIur rebus
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...
ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? .: habih :.
KaIau sampai di Ip0h
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. Pakcik kejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.
Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukah kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni."
Perbincangan antara 2 genius
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit ===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air! ===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.... ===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... ===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
Jangan baca
Kuih salah bikin.
Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.
Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK' :huh:
Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...
Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus
Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut
Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak
Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...
Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung
Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kring' bole diangkat...
Kanape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa...
Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah.....
HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG
HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!
Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:
"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG" Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.
Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:
Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung? :huh:
Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung... ... ... .!!! hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual, saya gurau je :
aiya: "Teman Sejati Bukan yang Selalu Dekat DiMata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia yang Setia di Hati dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya"
Kenapa peIajar perempuan meIayu dirasuk
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..." "Aduhai... kekekeekeeee..." WORLDDDD!! hhehehe....
ganu vs keIate
MENTUA KELANTAN : BEREEEHHH.....
SELEPAS MENTUA PULANG DARI KEDAI
MENANTU TERENGGANU: LOOOO.... BAK PO MOK BELI 'UBI KETANG' (ubi kentang)... BANYOK-BANYOK NI....
MENTUA KELANTAN : TADI MU KATO BELI KETE(ubi kentang)..... PAH TU KETE MANO PULAKKKK...
MENANTU TERENGGANU : BUKANG UBI 'KETANG'.... KITO SURUH BELI 'KETANG'..... HOK ADA SEPIT......(ketam)...
Anak perempuan siti
1) kalau kawin dgn org Jepun, mereka akn namakan anaknya HONDA SITI
2) kalau Kawin dengan orang media, anaknya nanti bersama PUBLI SITI
3) Kalau kawin dengan developer, anaknya nanti bernama SITI SQUARE
4) Kalau dapat anak kembar, dua2 nanti namanya TWIN SITI
5) Kalau kawin dgn professor, anknya nnti dinamakan UNIVER SITI
6) Kalau kawin dgn pelakon filem Cathay Keris tahun 60an, nama anaknya nnt ialah SITI TANJUNG PAHANG
7) Kalau kawin dengan Menteri Pelancongan, nama anaknya nnt ialah SITI SITI MALAYSIA....
8) Kalau kawin dgn org TNB, anaknya nanti bernama ELEKTRIK SITI...... just 4 fun k
CaRa-CaRa AnGkAt TePoN dEnGaN BeTul..
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tausape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapakawak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanyesaya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor323?
Jawapan: maap cik,nombor tak bolehdisambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasalrumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahumemberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. sayanak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. andaingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masihmenjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
DaIam Iif
si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56,
si C mula menyampuksi C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...? si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA
Moral of the story....jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.
Monday, October 27, 2008
Some Story Jokes
The Train Compartment
There were four people sitting in a train compartment: an old lady who was knitting, a young woman who was reading a book, a lecturer who was talking about his research, and his young student whom he was taking to a conference, and who was listening to his lecturer and taking down notes.
This situation continued for quite a while. The old lady knitting, the young woman reading, the lecturer talking away, and the student listening.
Then the train went into a tunnel, and the compartment was plunged into darkness. No-one could see anything. Suddenly there came the sound of a loud kiss, followed by a hearty slap. As the train came out of the tunnel, eveyone was in the same position as they had been before.
Now the old lady thought that she knew what had happened. Good for her, she thought, that young man has just kissed the girl, and she slapped him.
The young woman thought that she knew what had happened. How funny, she thought, the young man tried to kiss me, kissed the old woman by mistake, and she gave him a slap.
The lecturer thought that he knew what had happened. It's not fair, he thought, my student kissed that girl, and she slapped me by mistake.
But only the student really knew what had gone on. Under the cover of the darkness, he had loudly kissed the back of his hand, then slapped his lecturer and got away with it.
The Mathematicians
Three mathematicians were walking down to the railway station one day, deep in conversation about mathematics. They were so absorbed in what they were talking about that as they approached the station, they failed to hear the announcement that the train was about to leave.
However they did notice when the train started to pull away from the platform. Alarmed, they started to run after the train, and eventually two of them managed to scramble on board.
A station porter noticed the remaining man looking glum. "Never mind", he said, "Two out of three isn't bad."
"But you don't understand," replied the mathematician, "they only came to see me off."
A Bill Gates Joke
One night, a Delta twin-engine puddle jumper was flying somewhere above NewJersey. There were five people on board: the pilot, Michael Jordan, BillGates, the Dali Lama, and a hippie. Suddenly, an illegal oxygen generator exploded loudly in the luggage compartment, and the passenger cabin began tofill with smoke. The cockpit door opened, and the pilot burst into the compartment.
"Gentlemen," he began, "I have good news and bad news. The bad news is that we're about to crash in New Jersey. The good news is that there are four parachutes, and I have one of them!" With that, the pilot threw open the door and jumped from the plane.
Michael Jordan was on his feet in a flash. "Gentlemen," he said, "I am the world's greatest athlete. The world needs great athletes. I think the world's greatest athlete should have a parachute!" With these words, he grabbed one of the remaining parachutes, and hurtled through the door and into the night.
Bill Gates rose and said, "Gentlemen, I am the world's smartest man. The world needs smart men. I think the world's smartest man should have a parachute, too." He grabbed one, and out he jumped.
The Dali Lama and the hippie looked at one another. Finally, the Dali Lama spoke. "My son," he said, "I have lived a satisfying life and have known the bliss of True Enlightenment. You have your life ahead of you; you take a parachute, and I will go down with the plane."
The hippie smiled slowly and said, "Hey, don't worry, dude. The world's smartest man just jumped out wearing my backpack."
Blondes
A bartender is sitting behind the bar on a typical day, when the door bursts open and in come four exuberant blondes. They come up to the bar, order five bottles of champagne and ten glasses, take their order over and sit down at a large table. The corks are popped, the glasses are filled and they begin toasting and chanting, "51 days, 51 days, 51 days!"
Soon, three more blondes arrive, take up their drinks and the chanting grows. "51 days, 51 days, 51 days!" Two more blondes show up and soon their voices are joined in raising the roof. "51 days, 51 days, 51 days!"
Finally, the tenth blonde comes in with a picture under her arm. She walks over to the table, sets the picture in the middle and the table erupts. Up jumps the others, they begin dancing around the table, exchanging high-five's, all the while chanting "51 days, 51 days, 51 days!"
The bartender can't contain his curiosity any longer, so he walks over to the table. There in the center is a beautifully framed child's puzzle of the Cookie Monster. When the frenzy dies down a little bit, the bartender asks one of the blondes, "What's all the chanting and celebration about?"
The blonde who brought in the picture pipes in, "Everyone thinks that blondes are dumb and they make fun of us. So, we decided to set the record straight. Ten of us got together, bought that puzzle and put it together. The side of the box said 2-4 years, but we put it together in 51 days!"
The Mathematician, the Statistician, and the Philosopher
One day a mathematician, a statistician, and a philosopher were out having a walk in the countryside when they saw a brown cow in a field.
The statistician said, "See that cow. From that we can conclude that all cows in this country are brown."
"Oh no," the mathematician replied, "we can only conclude that at least one cow in this country is brown."
But the philosopher shook his head. "Both of you are wrong. The only thing that we can conclude is that the side of this particular cow which is facing us appears to be brown at this moment in time."
Another Bill Gates Joke
Now that Bill Gates has moved into his brand spanking new house in the Seattle suburbs, the following is a conversation overheard last week:
Bill: "There are a few issues we need to discuss."
Contractor: "Ah, you have our basic support option. Calls are free for the first 90 days and $75 a call thereafter. Okay?"
Bill: "Uh, yeah... the first issue is the living room. We think its a little smaller than we anticipated."
Contractor: "Yeah. Some compromises were made to have it out by the release date."
Bill: "We won't be able to fit all our furniture in there."
Contractor: "Well, you have two options. You can purchase a new, larger living room; or you can use Stacker."
Bill: "Stacker?"
Contractor: "Yeah, it allows you to fit twice as much furniture into the room. By stacking it, of course, you put the entertainment center on the couch... the chairs on the table... etc. You leave an empty spot, so when you want to use some furniture you can unstack what you need and then put it back when you're done."
Bill: "Uh... I dunno... issue two. The second issue is the light fixtures. The bulbs we brought with us from our old home won't fit. The threads run the wrong way."
Contractor: "Oh! That's easy. Those bulbs aren't plug and play. You'll have to upgrade to the new bulbs."
Bill: "And the electrical outlets? The holes are round, not rectangular. How do I fix that?"
Contractor: "Just uninstall and reinstall the electrical system."
Bill: "You're kidding!?"
Contractor: "Nope. Its the only way."
Bill: "
Contractor: "That's a resource leakage problem. One fixture fails to terminate and is hogging the resources preventing access from other fixtures."
Bill: "And how do I fix that?"
Contractor: "Well, after each flush, you all need to exit the house, turn off the water at the street, turn it back on, re-enter the house and then you'll be back on track."
Bill: "That's the last straw. What kind of product are you selling me?"
Contractor: "Hey, remember, if you don't like it, nobody made you buy it."
Bill: "And when will this be fixed?"
Contractor: "Oh, in your next house-which will be ready to release sometime near the end of 1998. Actually it was due out earlier this year, but we've had some delays..."
Sulaiman kawal jin, haiwan
idris@hmetro.com.my
NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.”
Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan kebun.
Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu.
Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah: “Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya.
“Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya.”
Pendapat yang dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel.
Namun, abangnya Absyalum tidak meredai beliau melangkah bendul dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan cetek pengalaman.
Absyalum mahu mendapatkan takhta itu daripada bapa dan adiknya. Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas.
Sampai satu ketika, Absyalum mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus merampas kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun.
Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan anaknya yang derhaka itu.
Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulakan peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tenteranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup.
Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia mahu bertarung dengan tentera bapanya.
Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman.
Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerah Allah.
Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpan antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”
Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman
idris@hmetro.com.my
SELESAI membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tidak ada ketika dipanggil.
Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan...”
Firman Allah, bermaksud: “Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.
“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah...”
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis.
Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: “Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?
“Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.
“Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga.”
Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman.
Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.
Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: “Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama apa yang seperti singgahsanaku?
Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu,
dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.
“Berkatalah Sulaiman; sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca. Berkatalah Balqis; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
Demikian kisah Sulaiman dengan tenteranya terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa.
Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.
Firman Allah: “Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai
yang memakan tongkatnya.
“Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.”
Allah limpahkan rezeki Ilyas
Nabi Ilyas, seorang daripada keturunan Nabi Harun. Diutuskan Allah kepada satu kaum daripada Bani Israel yang berada dalam kesesatan kerana mereka menyekutukan Allah dengan menyembah patung dan berhala bernama Ba’al.
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk seorang rasul. Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya; mengapa kamu tidak bertakwa kepada Allah? Patutkah kamu menyembah Ba’al dan kamu tinggalkan sebaik-baik pencipta, iaitu Allah Tuhanmu, Tuhan bapa-bapamu yang terdahulu.”
Bagaimanapun, kaum Bani Israel tidak mempedulikan nasihat nabi itu. Mereka meneruskan perbuatan salah itu, malah dengan riak dan sombong mahu membunuh Ilyas pula, sehingga menyebabkan beliau terpaksa menyembunyikan diri.
Ilyas menjadikan rumah kosong di kawasan sunyi untuk bersembunyi. Satu hari, ketika memasuki sebuah rumah untuk bersembunyi, beliau menemui seorang kanak-kanak lelaki, lalu diambilnya kanak-kanak itu dijadikan anak angkat.
Kanak-kanak itu sebenarnya Ilyasa bin Akhtab bin Ayuz. Ilyas yang menjadikannya anak angkat sering membawanya ke mana saja, sehingga Allah mengurniakan keberkatan kepada mereka.
Misalnya Allah menganugerahkan rezeki yang melimpah kepada Ilyas, dengan makanan terus terhidang di mana saja beliau singgah untuk bersembunyi.
Anugerah yang luar biasa itu berlaku apabila Ilyasa sudah dewasa.
Keadaan itu menyebabkan orang Bani Israel yang sentiasa memburu Ilyas dapat menghidu kedatangannya. Seorang daripada mereka berkata: “Tentu rumah ini sudah dimasuki Ilyas.”
Walaupun nasihat dan amaran diberikan, kaumnya langsung tidak mendengarnya, malah terus memburunya. Mereka terus menyembah berhala sehingga Allah menurunkan azab, iaitu kemarau yang panjang mengakibatkan semua kawasan tandus.
Hujan tidak diturunkan beberapa tahun, mengakibatkan kebun dan ladang mereka kering, ternakan mati bergelimpangan kerana tiada makanan sehingga mereka mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman.
Disebabkan tidak tahan dengan kesengsaraan itu, mereka mengambil keputusan untuk menemui IIyas dengan cara baik. Mereka mahu meminta Ilyas berdoa kepada Allah, supaya diturunkan hujan, sekali gus mengembalikan semula kesuburan di kawasan itu.
Bagi memastikan Ilyas melakukan permintaan itu, seterusnya ia diterima Allah, mereka berjanji mahu mengikuti ajaran Ilyas, beriman kepada Allah dan meninggalkan penyembahan berhala.
Ternyata doa Nabi Ilyas diterima dan Allah terus menurunkan hujan, sehingga kawasan yang tandus tadi bertukar menjadi subur dan mereka dapat menjalani kehidupan dalam kemakmuran seperti dulu.
Namun, lama-kelamaan janji itu dilupai dan akhirnya Allah lenyap dalam hati mereka. Mereka kembali dengan amalan sebelum ini, iaitu menyembah berhala, malah kali ini mereka bertambah kerap melakukan penyembahan itu.
Memandangkan nikmat yang dikurniakan dibalas dengan perbuatan syirik menyekutukan-Nya, Allah menurunkan azab sekali lagi dan ia adalah azab terakhir, sehingga semua kalangan mereka hancur binasa. Bagaimanapun, Nabi Ilyas dan Ilyasa terkecuali daripada azab itu kerana mereka berdua beriman dan berbakti kepada Allah.
Bagi Nabi Ilyasa, kisahnya agak berlainan sedikit, kerana tidak mendapat tentangan daripada kaumnya, malah mereka patuh kepada ajarannya dan beriman kepada Taurat, yang menyeru kepada mengesakan Allah.
Beliau diangkat menjadi rasul ketika dewasa. Kerasulannya disebut al-Quran bersama beberapa rasul sebelumnya. Firman Allah bermaksud: “Dan Ismail, Ilyasa, Yunus dan Lut, masing-masing Kami lebihkan darjatnya atas umat pada masanya.”
Sewaktu hayat Nabi Ilyasa, umatnya memang patuh kepada segala ajaran supaya beriman kepada Allah, dengan mengikuti nasihat yang terkandung dalam Taurat tanpa banyak soal, tetapi selepas kewafatannya keadaan berlaku sebaliknya.
Umatnya terus membelakangkan kitab Taurat, menyebabkan mereka berada dalam kesesatan, sehingga melakukan penderhakaan terhadap Allah. Perbuatan mereka yang salah itu dibalas Allah dengan azab, iaitu menarik segala nikmat yang dikecapi mereka selama ini.
Nabi Yunus ditelan ikan paus
idris@hmetro.com.my
YUNUS bin Matta seorang soleh, dilantik menjadi rasul ke-21 pada usia 30 tahun. Beliau diutuskan supaya memimpin kaumnya menyembah Allah, sekali gus meninggalkan pemujaan berhala.
Selama 33 tahun beliau berdakwah terhadap kaumnya, namun dua orang saja yang mengikut dan beriman bersamanya, iaitu Rubil dan Tanukh. Disebabkan tidak tahan dengan gelagat kaumnya yang tidak mahu beriman dengan ajarannya, beliau berdoa kepada Allah.
Kemudian beliau diberikan wahyu supaya meneruskan seruan itu selama 40 hari dan jika masih ingkar, kaumnya dijanjikan Allah dengan azab.
Masa berlalu dengan pantas dan sampai hari ke-37 umatnya masih enggan mendengar nasihatnya. Akhirnya cukup 40 hari, awan hitam kelihatan di kaki langit. Melihat perubahan cuaca yang membimbangkan itu, Yunus segera keluar dari negerinya.
Umatnya yang menyedari azab Allah semakin hampir menimpa mereka, terus keluar rumah dan menuju ke satu tempat untuk bertaubat. Mereka mencari Yunus untuk mengadu perkara itu, tetapi sia-sia kerana rasulnya sudah berpindah ke tempat lain.
Allah yang Maha Pengampun menerima taubat mereka, lalu dihilangkan awan hitam itu. Selepas itu mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa, namun masih berusaha mencari Yunus, tetapi tidak dijumpai.
Firman Allah bermaksud: “Tatkala mereka (kaum Yunus) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu yang tertentu.”
Nabi Yunus yang menghilangkan diri daripada kaumnya berlayar dengan sebuah kapal, tetapi dalam pelayaran itu berlaku taufan sehingga kapal yang dinaikinya hampir karam.
Memandangkan keadaan kapal tidak stabil, nakhoda bertanya: “Siapakah antara kamu yang menaiki kapal ini orang pelarian? Jika ada lebih baik mengaku saja dan terjun ke laut segera demi menyelamatkan penumpang yang ramai ini.”
Apabila mendengar suruhan nakhoda itu, Nabi Yunus segera terjun ke laut dan terus dilambung ombak. Ketika itu juga datang seekor ikan paus menelannya, tetapi dengan pertolongan Allah beliau tidak mati dalam perut ikan terbabit.
Bagaimanapun, ketika berada dalam perut ikan, beliau tidak berhenti memohon keampunan dan berdoa kepada Allah supaya beliau diselamatkan.
Kemudian ikan itu berenang ke tepi pantai dan mengeluarkannya dalam keadaan selamat.
Firman Allah bermaksud: “Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak mengingati Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di dalam perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok daripada jenis labu.”
Selepas mengalami peristiwa itu, Yunus menuju ke negerinya dan dalam perjalanan pulang itu beliau berselisih dengan seorang pengembala, lalu bertanya: “Bagaimanakah keadaan orang-orang yang tinggal di kampung ini?“
Pengembala terbabit menjawab: “Keadaan orang di sini baik, hidup aman dan tenteram kerana sudah bertaubat kepada Allah, selepas melihat azab yang didatangkan Allah. Mereka menunggu nabinya yang telah lama meninggalkan mereka.”
Mendengar jawapan pengembala itu, Yunus berkata: “Akulah nabi dan rasul mereka, Yunus.” Selepas itu, pengembala terbabit memaklumkan kepulangan Yunus kepada kaumnya dan mereka ternyata sungguh gembira dengan berita itu.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami utus dia (Yunus) kepada 100,000 orang atau lebih, lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.”
Allah makbul doa Nabi Zakaria
Nabi Yahya lahir berkat doa bapa
Saturday, October 25, 2008
Mengapa Ayam Menyeberang Jalan?
Guru TK:Supaya sampai ke ujung jalan.
FBI:Beri saya lima menit dengan ayam itu, saya akan tahu kenapa.
Aristoteles:Karena merupakan sifat alami dari ayam.
Martin Luther King, Jr.:Saya memimpikan suatu dunia yang membebaskan semua ayam menyeberang jalan tanpa mempertanyakan kenapa.
Freud:Fakta bahwa kalian semua begitu peduli pada alasan ayam itu menunjukkan ketidaknyamanan seksual kalian yang tersembunyi.
George W Bush:Kami tidak peduli kenapa ayam itu menyeberang! Kami cuma ingin tau apakah ayam itu ada di pihak kami atau tidak, apa dia bersama kami atau melawan kami. Tidak ada pihak tengah di sini!
Darwin:Ayam telah melalui periode waktu yang luar biasa, telah melalui seleksi alam dengan cara tertentu dan secara alami tereliminasi dengan menyeberang jalan.
Einstein:Apakah ayam itu menyeberang jalan atau jalan yang bergerak di bawah ayam itu, itu semua tergantung padasudut pandang kita sendiri.
Nelson Mandela:Tidak akan pernah lagi ayam ditanyai kenapa menyeberang jalan! Dia adalah panutan yang akan saya bela sampai mati!
Thabo Mbeki:Kita harus mencari tahu apakah memang benar ada kolerasi antara ayam dan jalan.
Isaac Newton:Semua ayam di bumi ini kan menyeberang jalan secara tegak lurus dalam garis lurus yang tidak terbatas dalam kecepatan yang seragam, terkecuali jika ayam berhenti karena ada reaksi yang tidak seimbang dari arah berlawanan.
Programmer Oracle:Tidak semua ayam dapat menyeberang jalan, maka dari itu perlu adanya interface untuk ayam yaitu nyeberangable, ayam-ayam yang ingin atau bisa menyeberang diharuskan untuk mengimplementasikan nya jadi di sini sudah jelas terlihat bahwa antara ayam dengan jalan sudah loosely coupled.
Sutiyoso:Itu ayam pasti ingin naik busway.
Soeharto:Ayam-ayam mana yang ndak nyebrang, tak gebuk semua! Kalo perlu ya dikebumiken saja.
Habibie:Ayam menyeberang dikarenakan ada daya tarik gravitasi, dimana terjadi percepatan yang mengakibatkan sang ayam mengikuti rotasi dan berpindah ke seberang jalan.
Ariel:Karena ingin menghapus jejakmu
Nia Dinata:Pasti mau casting ‘30 Hari Mencari Ayam’ ya?
Desi Ratnasari:No comment!
Dhani Ahmad:Asal ayam itu mau poligami, saya rasa gak ada masalah mau nyebrang kemana juga…
Chinta Laura:Ayam nyebrang jhalaan..? Karena gak ada owject…biecheeck. …
Julia Perez:Memangnya kenapa kalo ayam itu menyeberang jalan? Karena sang jantan ada di sana !Daripada sang betina sendirian di seberang sini, yaaahhhh dia kesanalaahh…Cape khan pake alat bantu terus?
Roy Marten:Ayam itu khan hanya binatang biasa, pasti bisa khilaf…(sambil sesenggukan) .
Butet Kartaredjasa:Lha ya jelas untuk menghindari grebekan kamtib to?
Megawati:Ayamnya pasti ayam wong cilik. Dia jalan kaki toh?
Harmoko:Berdasarkan petunjuk presiden
Gus Dur :‘Kenapa ayam nyebrang jalan? Ngapain dipikirin? Gitu aja kok repot!’
Roy Suryo:Ini rekayasa, kalau saya teliti dari metadata ayam tersebut bahwa ayam itu telah mengalami modifikasi sedemikian rupa sehingga jadilah dalam tanda kutep ayam yang sempurna. Jadi bahwa ayam ini adalah rekayasa adalah bhenar bahwa 100% ini adalah rekayasa. (ribet ngomongnya sambil matanya jelalatan)
Perahu yang terbelah
Wanita tua itupun pingsan…
Bahaya memiliki rumah type 21
BAPAK : ” Ipung ?!!! ”IPUNG : ” Ya, pak ? ”Wah, ternyata Ipung belum tidur. Mereka terpaksa menunggu.Setengah jam kemudian, gantian si Ibu mencoba ngetes lagi.
IBU : ” Ipung ?!!! ”IPUNG : ” Yaa, buuu ? ”BAPAK : ” Gila, belum tidur juga!(gerutu si bapak dalam hati saking jengkelnya )
Sampai akhirnya mereka sudah mau mencapai puncak permainan.BAPAK : ” Aduuuh,buu.. .. aku mau keluar !!!”(kata si bapak sambil gemeteran)IBU : ” Paaak, aaaku juga mau keluaaarrrrr ”(kata Si Ibu nggak mo’kalah)IPUNG : ” Ipung ikuuuuuut!!! ! ”(Ipung langsung teriak ketakutan)
Wednesday, October 15, 2008
EKONOMI 2
Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan.
Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan,
Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah.
Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah.
Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan.
Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam?
Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan?
Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan.
Peraturan Muamalat.
satu ialah satu
dua adalah dua.
Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam.
jual beli mesti jelas.
semua itu peraturan, dan tidak kelihatan sebagai sistem.
Dr Yusuf Qardhawi telah mengulas tentang Krisis ini.
Replace capitalism with Islamic financial system: cleric
Walaupun tajuk berita bercakap tentang sistem, tetapi kandungannya ialah tentang falsafah.
"The collapse of the capitalist system based on usury and paper and not on goods traded on the market is proof that it is in crisis and shows that Islamic economic philosophy is holding up,"
"The Western system has collapsed and we have a complete economic philosophy as well as spiritual strength,"
"All riches are ours... the Islamic nation has all or nearly all the oil and we have an economic philosophy that no one else has,"
"profit from the crisis to bring about the triumph of the (Islamic) nation, which holds the spiritual and material resources for victory."
Ayat pertama sudah jelas menyalahkan sistem kewangan yang tidak mengikut peraturan adalah punca krisis.
Wang kertas dari thin air
Pinjaman dari thin air
pinjaman dari thin air itu boleh dijual beli.
Penilaian pinjaman berasaskan nilai pada kertas , tetapi nilai itu berubah-rubah.
Saya pernah mempersoalkan, bagaimana nilai pinjaman boleh sama kalau dinilaikan dalam ringgit yang boleh berubah.
Tetap akan timbul satu persoalan lain, bagaimana nak dapatkan nilai yang sama kalau nilai matawang yang digunakan untuk menilai hutang itu berubah?Hutang Abu bernilai RM 20,000 pada 2001, ketika itu 66 dinarAhmad ingin membeli hutang itu RM 20,000 pada tahun ini, tapi nilai itu kini 50 dinar sahaja.Ahmad patut beli hutang itu pada nilai 66 dinar atau pada nilai RM 20,000 ?Memang pening kalau nak merealisasikan kewangan islam selagi masih menggunakan wang kertas.Andaikata penggunaan wang emas direalisasikan, barulah boleh senang kira, Ahmad beli hutang Abu yang bernilai 66 dinar itu sebanyak 66 dinar juga.Begitu juga pinjaman rumah secara islamik, menggunakan nilai yang diakadkan dalam ringgit.Andai kata baki pinjaman rumah saya ialah RM 40,000 , tiba-tiba berlalu krisis inflasi seperti Zimbabwe pada matawang ringgit, dan RM 40,000 itu hanyalah harga sebuah basikal. Pasti bank akan rugi.
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
hehe
EKONOMI 1
Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini di bawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah.
Ahli-ahli Dewan Congress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion sterling pound untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.
Dari mana asal usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini ?
Semua ini berpunca dari asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state dan membuka pasaran bebas. Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengenepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon memansuhkan Bretton Woods Agreements.
Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengkoyak rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda.
Yang menjadi ganti Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika. Negara-negara kapitalis terutamanya negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika telah di paksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika. Justeru semua jual beli diantara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petrolium wajib menggunakan dolar Amerika.
Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 70’an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang.
Rupa-rupa langkah Presiden Nixon itu hanya untuk membeli masa. Tiga puluh tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.
Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik ‘ telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka resminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan diantara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.
Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel laureate Ekonomi yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkrer44+++aaaan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.
Justeru peperangan di Iraq dan Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.
Dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah memberi ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah di lupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation ((WTO ) atau atas nasihat Bank Dunia.
WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa ganguan. Dua lembaga ini mengajukan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal.
Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan dasar PENSWASTAAN yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.
Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini - ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masaalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank.
Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – dua-dua datang sekali harung. Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh/bangun setiap sepuluh tahun – 1974 – 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini bebeza. Ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi. Ianya lebih dari itu.
Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan (surplus production) malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh.
Dalam suasana nilai dolar jatuh, Federal Reserve – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Federal Reserve terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan export utama Amerika. Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia. Bila dolar melambak maka nilainya semakin merosot. Ini samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 dahulu.
Untuk memastikan dolar terus di terima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar. Harus dingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana Saddam telah meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai dolar.
Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya – perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh menanam padi hasilnya ialah beras.
Perniagaan bentuk baru- tidak membuat apa-apa barangan - ianya hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara. George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang dari beratus-ratus peniaga bentuk ini.
Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai – berjudi/betting. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ianya tidak menghasilkan apa-apa barangan/products. Jenis perniagaan ini muncul hasil dari dasar neoliberalisma. Perniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi.
Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan di City of London. Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’ maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu.
Dalam masa kurang lebih 6 bulan krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita. Di Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku maka banyak pabrik dan kilang akan ditutup. Banyak yang akan hilang pekerjaan.
Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.
Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat. Bumi Hijau bermakna kita mengajukan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan. Apabila zaman meleset sampai kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup.
Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan komputer chips kerana ianya bukan potato chips. Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dari dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidal lama lagi.
Tuesday, October 14, 2008
Monday, September 8, 2008
Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman
Isnin, 8 September 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, NasionalMajlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini.
Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.
Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato’ Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin Umno Pulau Pinang.
Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman Umno yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.
Sekian, terima kasih.
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan.
YB Dato’ Husam Musa
Naib Presiden PAS.
YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP
Thursday, August 14, 2008
Yang Arif?
| Arif ada peluang menang, kata PM |
| Muda Mohd Noor | Aug 14, 08 2:14pm |
| Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Barisan Nasional (BN) memilih Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calonnya di Permatang Pauh kerana beliau mempunyai peluang untuk menang. "Dia orang Permatang Pauh, dah banyak berjasa di situ dan sudah menjadi wakil rakyat (Adun Sebarang Jaya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. "Kerajinannya membantu pengundi di kawasan itu, dia calon adalah yang terbaik bagi BN di Permatang Pauh waktu ini. "Calon-calon lain nampaknya boleh menerima Datuk Arif Shah menjadi calon BN," katanya. "Atas dasar itu, kita pilih beliau," kata perdana menteri. Ditanya mengapa BN memilih calon yang sudah menjadi wakil rakyat, Abdullah berkata; "Itu adalah keputusan kepimpinan, maka kita boleh menerimalah..." Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Arif sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh malam tadi. Arif Shah merupakan taruhan terbaru BN untuk berdepan PKR setelah gagal tiga kali dengan dua calonnya sejak pilihanraya umum 1999. Kali ini calon BN itu akan berdepan dengan tokoh besar parti pembangkang itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos ini. malaysiakini 14 Ogos 2008 |
Tuesday, July 29, 2008
Jul 29, 08 3:16pm (malaysiakini)
Kementerian Kesihatan akan menggunakan hasil pemeriksaan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat PKR, di hospital Kuala Lumpur. Demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.Kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kebocoran laporan perubatan pemuda itu yang dibuat lebih awal, pada 28 Jun, di Hospital Pusrawi.







