| Arif ada peluang menang, kata PM |
| Muda Mohd Noor | Aug 14, 08 2:14pm |
| Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Barisan Nasional (BN) memilih Datuk Arif Shah Omar Shah sebagai calonnya di Permatang Pauh kerana beliau mempunyai peluang untuk menang. "Dia orang Permatang Pauh, dah banyak berjasa di situ dan sudah menjadi wakil rakyat (Adun Sebarang Jaya)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. "Kerajinannya membantu pengundi di kawasan itu, dia calon adalah yang terbaik bagi BN di Permatang Pauh waktu ini. "Calon-calon lain nampaknya boleh menerima Datuk Arif Shah menjadi calon BN," katanya. "Atas dasar itu, kita pilih beliau," kata perdana menteri. Ditanya mengapa BN memilih calon yang sudah menjadi wakil rakyat, Abdullah berkata; "Itu adalah keputusan kepimpinan, maka kita boleh menerimalah..." Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Arif sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh malam tadi. Arif Shah merupakan taruhan terbaru BN untuk berdepan PKR setelah gagal tiga kali dengan dua calonnya sejak pilihanraya umum 1999. Kali ini calon BN itu akan berdepan dengan tokoh besar parti pembangkang itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos ini. malaysiakini 14 Ogos 2008 |
Thursday, August 14, 2008
Yang Arif?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment