Dilulus terbit pada Saturday, May 31 @ 14:29:03 MYT oleh greenboc Oleh tutuhjang
"Nampak dek den Jang, dalam fikiran 'pembesar' sekarang tak ado sikitpun perkataan KEDAULATAN NEGARA, MARUAH NEGARA DAN KEHORMATAN BANGSA yang nyato-nyato dicemari oleh KEDAYUSAN PEMBESAR sejak 50 tahun yang lalu.
Buktinya, seperti dibawah :
1. Tak boleh nak masuk ke dalam negara sendiri, contoh rumah api pulau pisang dan empangan air singapura kek johor.
2. dalam perjalanan nak poi ke pulau pisang ni dah tontu dalam perairan malaysia, tapi singapura lalu jo, tak ado lak nak minta kebenaran imigresyen pun, ertinya, bukan saja rumah api pulau pisang tu milik mereka, tapi laluan kesanapun tanah air singapura.
3. perkara yang samapun berlaku dengan empangan air kek johor dan laluan paip air de sampai ke singapura. contoh mudah de, waktu heboh-heboh nak buek jembatan bengkok dulu, singapura cakap, jangan usik paip air, kerana itu hak singapura. lalu kerajaan bersetuju dengan hujah singapura dengan membatalkan pembinaan jembatan bengkok.
4. disamping itu, memandangkan kerajaan malaysia telah mempuyai kemampuan membina klcc, putra jaya dan telah menghantar rakyatnya sampai ke bulan, dah bolipun kapal selam dan kapal terbang sukhoi, maka mustahil malaysia tidak mampu menjaga rumah api di pulau pisang dan empangan air kek johor. melainkan, malaysia tidak melakukan kedua-dua perkara tersebut bukan kerana tidak mampu, tapi kerana merasakan kebua-dua tompek tersebut iaitu pulau pisang dan empangan johor, memang telah diakui HAK MILIK MUTLAK SINGAPURA.
5. berdasarkan fakta di atas, MAKA PULAU PISANG DAN LALUAN KE PULAU PISANG SERTA EMPANGAN AIR KEK JOHOR (tak tau den namo tompek de Jang) DAN LALUAN PAIP AIR KE SINGAPURA DENGAN SENDIRINYA TELAH MANDAPEK PENGABSAHAN KERAJAAN MALAYSIA. OLEH YANG DEMIKIAN YANG ARIF ICJ, MAKA KEDUA-DUA LOKASI YANG DITUNTUT OLEH KAMI (SINGAPURA) INI ADALAH SOHIH DARI SEGI UNDANG-UNDANGNYA. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMOHON YANG ARIF ICJ MENGISYTIHARKAN KEDUA-KEDUA TANAH DAN AIR DI LOKASI DIMAKSUDKAN ADALAH HAK KAMI (SINGAPURA) DUNIA AKHIRAT.
6. maka berdasarkan hujah-hujah bernas tersebut, ICJ dengan keputusan 15 - 0 menyerahkan pulau pisang dan laluan airnya yang akan ditetapkan secara teknikal kemudian serta ompangan air kek johor serta laluan paip dari empangan tersebut hingga ke sempadan singapura adalah hak mutlak kerajaan Singapura. Segala keputusan ICJ yang bersidang hari ini adalah muktamad dan tidak dibenarkan sebarang rayuan. Sekiranya malaysia mengingkari keputusan ini, maka singapura dengan bantuan amerika dan sekutu-kutunya dibenarkan menyerang dan menakluki malaysia.Begitulah lebih kurang senario perbicaraan kes pulau pisang dan ompangan air kek johor pada 2009.Maka, surat koba utusan meloya, berito hairan, tv3 suku dan tv1suku akan melalak siang malam, bahawa sebagai bangsa yang bertamadun, kita mesti menghormati keputusan ICJ. akan keluarlah kenyataan dari pembesar-pembesar negara, bahawa sesungguhnya kita masih mempunyai beribu pulau yang lain yang boleh tangkap ikan, dan masih ada beribu-ribu empangan air yang lain, apa yang nak dihebohkan sangat pulau pisang dan empangan air kek johor yang SECO'IT tu.TUTUH JANG SAMPAI MONANG

No comments:
Post a Comment